===============================
Puisi Cinta - Illusi
===============================
Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku
( korus )
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...
Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...
( ulang dari korus )
Menjadi hiasan hidupku...
p/s : Selasa 16 April 2013.
Hari ini Alhamdulillah Alyaa boleh naik atas sekolah sendiri . Hantar Alyaa di depan sekolah pada `teacher` . Hari ini jalan tidak sesak juga jam 8.40 pagi sudah sampai KLCC . Sempat kami sarapan di `La Cucur` . Saya makan nasi lemak mata kerbau maka isteri kuih - muih sahaja . Tengahari ada temujanji dengan Dr Yap . Pukul 12 kami `dating` dahulu di Little Penang Cafe . Kami makan set sahaja . Isteri saya makan set daging manakala saya makan set ayam . Sedap dan banyak lauk tapi pedas . Air lain tiada maka kami minum cincau dengan lemon ais sahaja . Isteri saya `cop` tempat dahulu sebab bila saya sampai sudah penuh panjang orang beratur ! Lepas makan terus saya ke hospital . Macam biasa menunggu doktor yang sibuk sekali . Jam 2.30 petang baru dapat bertemu doktor . Doktor bertanya ingin melakukan `face lift` dan `skin graft` ke tidak . Saya beritahu insyaAllah boleh lagipun budibicara doktor yang mahir itu . `Mood` doktor agak baik dan macam - macam soalan ditanyakan . Ngeh Ngeh Ngeh . Pembedahan kecil rancang pada tengah Jun 2013 . Bulan Mei saya agak penuh jadual dengan pilihanraya lagi . Moga Allah mudahkan . Risiko kalau buat mungkin parut kembali begini . Ku hanya mampu usaha doa dan tawakkal padaNYA . Malam makan `sushi` dan `tempura` . Makan ringan sahaja . Eh mari tidur !
kata - kata ini hari : Making a hundred friends is not a miracle. The miracle is to make a single friend who will stand by your side even when hundreds are against you. [Anonymous]
__________________________________________________
0 Responses to “::: kendiri :::”
Leave a Reply