============
April
============
April sudah tiba
Aku yang masih mencuba
Hidup mendamba
Sibuk kota bukan rimba
Mac sudah berlalu
Banyak selesai mana perlu
Aku masih seorang pemalu
Dalam hati ada sebak dan pilu
Februari sudah pergi
Hidup bulat bukan bersegi
Makin dewasa tidak ranggi
Masih mengantuk sudah pagi
Januari jauh di belakang
Belum pernah sampai sijangkang
Cabaran hidup tidak pernah lekang
Bina rumah boleh panggil tukang
Isnin 1 April 2013
p/s : Hujung minggu kami dihabiskan di Ipoh . Kami menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat lama di Kerteh . Kami bertolak dari KL pada pagi Sabtu 30 Mac sekitar 10.30 pagi . Dalam jam 11.30 pagi kami melalui di Sungai Buloh . Jam 1.30 tengahari kami keluar ke tol Jelapang . Dekat Jam 2 kami tiba di majlis kenduri . Ada juga beberapa kawan - kawan dari Kerteh hadirkan diri .
Selepas bersalaman dengan pengantin , kami `check ini` di Hotel Impiana Ipoh . Mula - mula mahu `parking` di bawah tanah tapi amat tidak terjaga . Lobi hotel agak kemas namun agak kosong . Urusan pendaftaran bilik berjalan lancar kerana kami sudah `book` awal - awal lagi di laman web . Bilik kami `Premier` terletak di tingkat 7 . Bilik besar ! Katil `king` pun terasa kecil . Kami disediakan buah - buahan . Berehat - rehat kemudian jam 4.30 petang kami ke Kinta City . Tempat melepak waktu muda remaja di UTP . Kami makan di medan selera Aeon . Kami memesan wafer dan sizzling mee . Alyaa agak `cranky` kerana mengantuk mungkin . Kami makan malam di Sabar Menanti berhampiran stadium Ipoh . Hujan lebat waktu kami makan malam itu . Selepas itu kami pulang ke hotel . Oh perut masih lapar kami memesan hidangan bilik burger daging dan tiramisu . Sambil makan melayan `The Pacifier` . Memang sejuk sungguh bilik . Jam 12 tengah malam baru lelap kami .
Ahad 31 Mac Alyaa bangun awal . Sarapan pagi kemudian mandi kolam renang . Banyak juga hidangan sarapan disediakan . Nasi lemak dan lauk - pauk sedap ! Alyaa mandi di kolam renang kanak - kanak yang amat cetek sekali . Saya mandi di kolam orang dewasa 4 kaki . Selesai berendam kami naik ke atas kemudian kemas - kemas kemudian `Check Out` sekitar jam 11 pagi .
Perjalanan ke KL isteri tercinta memandu dan Alyaa tidur selepas makan macam - macam . Di KL baru kami makan tengahari di Juara Tomyam Kg Baru . Jauh itu ! Dalam jam 4 petang sudah selamat sampai ke Bandar Tun Hussein Onn .
kata - kata ini hari : Experience is simply the name we give our mistakes.
Oscar Wilde
__________________________________________________
0 Responses to “::: silibin :::”
Leave a Reply