Selamat hari ibu
Selamat hari emak
Dah lepas hari Rabu
Teringat nak makan masak lemak
Ibu daku menyayangimu
Membesarkan diri hingga dewasa
Bila lagi mahu ketemu
Berdoa tak putus pada Yang Esa
Maafkan daku emak banyak bersalah
Kadang tidak dengar kata
Kadang tidak mahu kalah
Ampun dipinta
Ingin ku berikan terbaik padamu
Walau tidak akan terbalas
Nasihat padaku tidak pernah jemu
Jangan Arif tinggalkan kelas
Waktu ku bersedih ibu di situ
Waktu ku tewas dikau beri semangat
Walau kini jauh berbatu - batu
Semua pesan daku ingat
Kini daku sudah seorang bapa
Juga seorang suami
Pada ibu tidak pernah sesekali dilupa
Moga Allah memberkati ibu kami
Ahad 9 Mei 2010
p/s : sibuk kunun ! kena peringatan waktu mesyuarat tadi . semalam tengok LOST musim enam . rasa nak muat turun tengok lagi :) esok kerjaan lagi . kasihan isteri tercinta bertungkus lumus untuk kerja dia ini malam . bayi comel tidur sudah . hu . semangat !
kata - kata ini hari :
It is not enough that we have a guilty defendant. We must have an innocent system as well.- John Ashcroft ~laman web hari ini :
Yamani Iskan Corner__________________________________________________
0 Responses to “::: pinta :::”
Leave a Reply