FREEDOM! FOREVER!



::: hilir :::

0 comments



Semangat Waja
Album : Kasih Ibu Bapa
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Pemuda pemudi tanam semangat waja
Tegakkan kebenaran di dunia yang banyak noda
Tiupkan roh Islam yang sangat mulia
Kumandangkan ke seluruh pelusuk buana

Menyelamatkan Islam kerja kami
Di jalan Allah hidup kami
Di jalan Allah
Di jalan Allah kami mati
Kami tak gentar dengan mati

Ya Allah...

Pembela kebenaran marilah berjuang
Membangunkan Islam walau ditentang
Sejarah keagungannya yang sangat gemilang
Biar ianya bangun berulang

Kami tak rela Islam dihina-hina
Bangunkan segera orang yang masih lena
Kembangkan Islam ke seluruh dunia
Seperti salafussoleh yang banyak jasa

p/s : pantaslah saya !

kata - kata ini hari : Be concerned about your brother. You may not be on strike. But either we go up together, or we go down together.
Dr. Martin Luther King Jr. (January 15, 1929 – April 4, 1968) was a Baptist minister, civil rights activist, and recipient of the Nobel Peace Prize of 1964. He was the husband of Coretta Scott King, and father of Martin Luther King III.


laman web hari ini : Grey November
__________________________________________________


::: limpa :::

0 comments



==================
4U2C / Syawal
==================

( 1 )
Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia

( ulang 1 )

( 2 )
Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia

Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibu
bapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua

( ulang 1 & 2 )

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf Zahir dan batin ! Esok kerja. Arghh !

kata - kata ini hari : Let's think the unthinkable, let's do the undoable, let's prepare to grapple with the ineffable itself, and see if we may not eff it after all.
Douglas Noel Adams (11 March 1952 – 11 May 2001) was a British author and satirist, most famous for his The Hitchhiker's Guide to the Galaxy series of radio plays and books.

laman web hari ini : Halaqah.NET
__________________________________________________


::: rantau :::

0 comments



===============================
Rabbani > Di Ambang Syawal
===============================

Bila tiba hari raya
Syukur kepada Yang Esa
Hari meraikan
Anugerah Allah
Buat yang beriman

Takbir dan tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia
Hari Raya

Namun hati ini
Pilu mengenangkan
Syahadah yang pergi
Kalamkanlah rahmat
Keampunan dan barakah

Sebulan berlalu
Aku sedih alpa
Beribadat tapi leka
Berpuasa lagi agar kita bersih
Amalanku Oh Tuhan terimalah

Kuinsafi dosa
Pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah

Ya Rabbi...
Restukanlah...
Illahi...
Ampunkanlah...

p/s : adeh. esok pulang Kuala Lumpur untuk beraya. menjelang beberapa hari lagi untuk menjadi seorang bapa ini. bersedialah saya ! insyaALLAH !

kata - kata ini hari : Equations are more important to me, because politics is for the present, but an equation is something for eternity.
Helle Zeit, Dunkle Zeit: In Memoriam Albert Einstein (1956) edited by Carl Seelig, p. 71.


laman web hari ini : Nur Muhammad Blog`s
__________________________________________________


::: sinari :::

0 comments



----------------------------------------------------------------
Ramli Sarip (Ramli Sarip / Hartina Ahmad) > Ramadhan
----------------------------------------------------------------
Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

( korus ) Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

( 1 )
Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu



p/s : Ramadhan sudah sedikit lagi tinggal. mari penuhinya sebaik-baiknya wahai semua. eh esok kerja eh? eh eh eh~

kata - kata ini hari : Great people talk about ideas, average people talk about things, and small people talk about `drinks` .Fran Lebowitz (1950 - )

laman web hari ini : Life Has Begin
__________________________________________________


::: kisar :::

0 comments



Ketupat ada pelbagai jenis
Ada yang masin ada yang manis

Lemang yang biasa dijual sedap
Yang jarang - jarang jual kurang sedap

Lodeh pula jangan terlalu masam
Nanti rasa kusam

Nasi impit ada yang keras
Yang lembik kena kurang beras

Oh seminggu lagi raya
Mari bersediya

13 September 2009

p/s : sudah berada di kampung di Perlis ini sudah. Alhamdulillah. sudah membeli alat elektronik terkini untuk menangkap gambar yeay. sudah membeli tiket untuk pulang ke Kerteh esok. oh terima kasih pada teknologi internet ini. oh mari - mari berdoa banyak - banyak kala Ramadhan hujung sudah ini. Ya Allah mudahkan urusan kami suami dan isteri. Amin !



kata - kata ini hari : You climb to reach the summit, but once there, discover that all roads lead down.

~ Stanisław Lem ~

laman web hari ini : Fozalin
__________________________________________________


::: rangkai :::

0 comments



Mana semangat
Perginya sengat
Yang bermula di hulu langat
Aku pula kena peringat

Mana pergi janji
Dulu masa mengaji
Masa kelas menggergaji
Ya engkau wahai Poji

Mana juga kekuatan
Tak takut kena belantan
Apa lah sangat rotan
Kita ini kan anak jantan

Mana lari kesetiaan
Yang kita jadi kebanggaan
Dari kecik dalam buaian
Adakah sekarang tidak sesuaian

Mana erti kawan-kawan
Sekarang sudah jadi lawan
Engkau konon mau jadi pahlawan
Aku pun engkau ingin tawan

Khamis 10 / 9 / 2009

p/s : mungkin ada yang faham repekkan di atas. esok mahu jalan jauh. ke Kuantan. kemudian ke Kuala Lumpur. kemudian Perlis. semangat. ingin menyediakan diri untuk mejadi bapa ini. oh oh oh.

kata - kata ini hari : All That Glitters Is Not Gold, There's Brass And Copper Or It Might Be Plated! Anonymous

laman web hari ini : Yanie Putrajaya
__________________________________________________


::: kitar :::

0 comments



Kelat
Pelat
Selat
Ralat

Makan kedai
Baju sidai
Tanah landai
Tarik bidai

Terlupa nak beli
Walau bersakan joli
Dulu main guli
Kini tolak troli

Apa sahaja boleh berlaku
Terhadap dikau mahupun daku
Bazar ramadhan sangat laku
Penat duduk ada bangku

Tidak lama lagi hari raya
Jangan lupa menderma yang kaya
Kad dikirim pada rakan sebaya
Marilah bergembira awak dan saya

Selasa 9 / 9 / 2009

p/s : hari ini sembilan haribulan sembilan dua ribu sembilan ! semalam berbuka di sebelah paka. makan ramai - ramai secara percuma. eh mari siap-siap mahu bekerjaan.

kata - kata ini hari : What is real? How do you define real? If you're talking about what you can hear, what you can smell, taste and feel then real is simply electrical signals interpreted by your brain.
The Matrix is a 1999 film about a computer hacker who learns from mysterious rebels about the true nature of his reality and his role in the war against the controllers of it.

laman web hari ini : Diari Seekor Ulat



__________________________________________________


::: lengkap :::

0 comments



Orang semangat : Apa khabar semua?
Orang ramai : Baik. . . . .
Orang semangat : Salah itu. Tidak betul semua.
Orang ramai : Bagaimana yang betul?
Orang semangat : Luar biasa baik!
Orang ramai : Luar biasa baik!

Orang semangat1: Apa khabar semua?
Orang ramai : Baik. . . . .
Orang semangat1: Bukan itu. Tiada cukup semangat!
Orang ramai : Bagaimana yang betul?
Orang semangat1: Hebat sekali!
Orang ramai : Luar biasa hebat baik sekali!

p/s : tiada kelakar. pagi cuti nuzul Quran sudah. ya ya masa cepat berlalu. ini hari perancangan bagai ingin mengemaskan rumah. tapi macam biasa menulis sedikit coretan di sini. semalam tiada sempat menulis. selepas pulang tarawikh terus terlelap di atas katil empuk dengan penghawa dingin `national`. tapi syukur bangun juga sahur makan nasi. oh semalam tiada ramai masuk ke pejabat. namun dapat juga saya selesaikan beberapa tugasan dan saya rasa agak berpuas hati kerana dapat selesaikan sebab itu mungkin tidur lena =_= . cuma waktu tarawikh agak terfikir masa dahulu muda-muda tarawikh. masa di universiti, masjid universiti merupakan yang masyuk sekali kerana ada penghawa dingin di dalamnya. kalau tidak khusyuk tidak tahulah. sebelum masjid baru universiti siap terpaksa berebut-rebut di masjid lama. beberapa kali juga berbuka di masjid makan di dalam talam -_-. entah macam setiap kali tarawikh teringat waktu-waktu tarawikh dahulu kala. belum lagi masa awal kerja kerana teramat penat tarawikh jam 4 pagi ! kemudian terus sahur dan subuh. oh 1-2 hari ini asyik mencari stroller sahaja. untuk baby kami ini insyaAllah. juga ingin menukar bentuk gaya blog tapi belum menemui yang memikat hati. eh mari-mari tingkatkan ibadah kala Ramadhan ini.

kata - kata ini hari : Nothing outlasts the Energizer. It keeps going and going and going.

* Energizer batteries, reported in Robert Goldman, Stephen Papson, Sign Wars: The Cluttered Landscape of Advertising‎ (1996), p. 45.



laman web hari ini : aku, dia dan kehidupan
__________________________________________________


::: tugas :::

0 comments



oh oh puasa
sudah ada tertinggalkah kita
tahulah cuti lagi lusa
kata perlulah dikota

kenapa puasa agak kurang pantas
kadang perlahan fikiran
macam kena cantas
aku pun sendiri hairan

mungkin penangan ikan bakar
juga air nescafe batu
nak menulis pun sukar
oh begitu

Sabtu 5 September 2009

p/s : secara serius saya agak kurang idea. gara-gara hujung minggu konon. esok kerjalah saya. oh tadi pegi Paka beli makanan berbuka dan merasmikan Kedai Tunas Manja yang menjual segala benda. ada dua tingkat. tingkat pertama menempatkan makanan,minuman dan keperluan rumah kemudian tingkat dua menempatkan pakaian, alatulis dan barangan perkakasan rumah. macam tidak perlu ke Dungun mahupun Kemaman lagi itu. apa ini merepek ini. ngantuk kot saya. seminggu lagi sebelum ingin menghantar isteri tersayang pulang ke kampung halaman. sob9. oh hujan dah lebat jam 11.01 malam . tidur !

kata - kata ini hari : I must stay alone and know that I am alone to contemplate and feel nature in full; I have to surrender myself to what encircles me, I have to merge with my clouds and rocks in order to be what I am.

~ Caspar David Friedrich ~

laman web hari ini : Leftlane


__________________________________________________


::: kiblat :::

0 comments



Brothers > Ramadan

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti

p/s : hujung minggu lagi ! suka ! apa nak buat ya? beribadahlah saya lebih banyak. pagi-pagi ini jalan-jalan blog orang. tengok tv sebentar macam tiada rancangan best. macam agak cuak pula hendak menjadi bapa ini. tapi doa banyak-banyak pada Allh SWT moga dimudahkan semua. rajinkan lah diriku ini!

kata - kata ini hari : As soon as a true thought has entered our mind, it gives a light which makes us see a crowd of other objects which we have never perceived before.

~ François-René de Chateaubriand ~

laman web hari ini : Beyond Words
__________________________________________________


::: rehat :::

0 comments



==================================
Atina – Bersyukur
==================================

apa yang kau cari di dunia ini
menjalani hidup dengan rasa kesal di hati
setiap hari kau tak pernah
berhenti menyesali diri
jiwamu gelisah wajahmu tak ramah
selalu hatimu gundah dibakar rasa marah
tidak pernah merasa puas
dirimu dengan segala berkah

reff:
jika engkau pandai bersyukur
rizqi Allah tidak terukur
bila pikiran mulai melantur
itu saatnya engkau tafakur
syukuri apa yang kau punya
jangan berhenti berupaya
niscaya Allah menambahkan rahmat-Nya

begitu berlimpah hikmat Allah bagi manusia
sudahkah kita belajar mensyukurinya

begitu berlimpah hikmat Allah bagi manusia
sudahkah kita belajar mensyukurinya

begitu berlimpah hikmat Allah bagi manusia
sudahkah kita belajar mensyukurinya

Lirik lagu Bersyukur (OST Baim Anak Sholeh) - Atina

p/s : Syukur Alhamdulillah masih tiada tinggal puasa,berbuka dan sahur lagi :) cuma mungkin kenalah lagi saya menambahkan lagi ibadah padaNYA. Syukur di bumi Malaysia. Syukur sangat. Cuma dalam keselesaan ini saya tiada lupa dan alpa pada yang kekurangan dan kesempitan. semua kita sama sahaja di sisiNYA. oh semalam berbukaan dengan makanan bekal isteri saya yang dia dapat sewaktu habis kursus kecil - kecilan semalam. hari ini meneruskan pekerjaan yang ada. bagi saya oh yang sudah 3 tahun 1 bulan di bumi kerteh ini adalah untuk meningkatkan efektiviti. ya betul ka? maknanya lebih dapat pantas cari jalan dan solusi. apa pun niat padaNYA insyaALLAH dimudahkan. ya ya semangat wahai diri !

kata - kata ini hari : If thinking men are few, they are for that reason all the more powerful. Let no man imagine that he has no influence. Whoever he may be, and wherever he may be placed, the man who thinks becomes a light and a power.

~ Henry George ~


laman web hari ini :Walking With Remboe....

Sometimes walking slowly is better than running fast...




__________________________________________________


::: selera :::

0 comments



==========================
Bahtera Merdeka | Aishah
==========================

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

p/s : semalam berbuka di kedai makan goreng ayam `kentucky`. petang hujan renyai-renyai dan juga sepoi-sepoi angin. sahur pula makan dengan bekalan yang ada. tiada lama lagi lah juga saya akan menjadi seorang ayah / bapa / daddy / papa / abi dll. rasa cuak gementar ada juga walau masa sama tiada sabar mahu memegang baby :) syukur bulan Ramadhan saya dan isteri doa banyak-banyak dimudahkan semua insyaAllah. dah 8 bulan dah lebih sedikit sekarang. cepat agak berlalu masa. makin semangat juga dalam tugasan sendirian. adeh. oh di pejabat saya sudah ada beberapa pekerja baru berpindah masuk. makin meriah. sudah 3 tahun 1 bulan juga kini saya di bumi kerteh dan masih meneruskan juang yang ada. oh lagu bahtera merdeka. oh minyak tidak naik hargalah, cuma diselaraskan semula sahaja bak kata pak menteri.

kata - kata ini hari : Put a tiger in your tank.

* Esso/Exxon, reported in Brian Ash, Tiger in Your Tank: The Anatomy of an Advertising Campaign (1969), p. 60.


laman web hari ini : Izreen's Incidental Issues


__________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank