Kabus kekabut pemandangan
Menyembunyikan sebuah keindahan
Kedamaian yang dikaburi mata kasar
Hanya dapat dilihat mata hati yang celik
Tiba-tiba tenggelam jauh ke dasar lautan
Setelah melonjak jauh ke puncak awan
Perubahan cuaca mendadak tanpa ramalan
Perlu sediakan payung sebelum hujan melanda
Sinar mentari dan pelangi yang diimpikan
Namun sering badai ribut melanda
Mungkin semua halangan dan ranjau ditempuhi
Akhirnya kembali ke puncak awan
Menyaksikan sinaran mentari
Cerianya pelangi
Kerdipan bintang
Menghilangkan segala kesuraman
Ketemui ketenangan, ketenteraman dan keabadian
Sebuah pengertian dan kebahagiaan...
10.50 pagi
28 januari 2005
usm pulau pinang
p/s : tiba - tiba tenggelam. ilham semasa membuat eksprimen fyp.
lepas menyusuri jambatan pulau pinang dalam kabus pagi.
kita sedang berada di atas tiba-tiba boleh jatuh ke bawah.
kadangkala jatuh yang sukar untuk bangkit semula.
kadangkala kita rasakan semunya berjalan lancar tetapi ada
sahaja halangan. itulah lumrah kehidupan. bagai roda, kejap
di atas, kejap di bawah. mari sama sama fikirkan (-_-)
_____________________________________________________________________________________
0 Responses to “Tiba - tiba Tenggelam . . .”
Leave a Reply