FREEDOM! FOREVER!






Jun 2000(Universiti Teknologi Petronas)

buat para teman , batch Jun 2000


Jun 2000...
Kita ukirkan nama permulaan
Suatu perjuangan yang bermula dengan individualistik
Lantas kita gubahkan menjadi nyanyian seiringan
Nadamu dan nadaku dalam satu lagu
Kita berdiri di kampus ini dengan lukisan persahabatan

Jun 2000
Telah kita harung manisnya dan dukanya persahabatan
Kita bersandaran sesama kita
Dalam nakalnya diri kita
Mahupun tatkala keseriusan membezakan kita
Kita tetap dalam satu kumpulan

Jun 2000
Usah dilupakan teman-teman yang pulang menghadap Illahi
Namun jangan diabaikan jalan tujuan kita
Berlarilah ke destinasimu
Hari esok....
Jalan kita bukan ke kampus atau dewan kuliah yang sama
Bicara kita bukan tentang ilmu yang sama
Lakaran sekeliling barangkali landskap kehidupan berbeza
Sesungguhnya akan kita meniti titian persendirian

Jun 2000
Kita ini adalah sahabat
kau dan aku
suka dan duka
Segalanya kita redahi
Dalam redha..dalam tawakkal

Jun 2000
Telah kita lakarkan istana indah memori menara gading ini
Telah takdir datang membezakan hala tuju kita
Bersegeralah temanku

Jangan menangis
Perpisahan itu lazim
Jangan menangis
Ketentuan Tuhan itu adil
Jangan menangis
Usapkanlah air mata perpisahan dengan menggapai impian di hadapanmu

Selamat tinggal Jun 2000, salam akhir buat kampus
Salam ampuan buat para pensyarah
Salam sayang buat para teman
Salam penghargaan buat Universiti Teknologi PETRONAS..

Wassalam teman seperjuangan

(Buat pelajar-pelajar tahun akhir dari batch Jun2000)

karya RINIZAN gedebak gedebik gedebuk ..

p/s : finally my exam over... student batch jan 2000 and it is jun 2000 dah abes graduate... sdey dan pilu lak rase... uhuks... 5 tahun membesar di utp banyak mengajar tentang kehidupan... kawan... persahabatan... dan yang paling penting sekali memori memori indah bersama... utp bagai satu platform sementara sebelum ke dunia luar yang serba mencabar... salam persahabatan dan perpisahan semua... moga panjang umur kan ketemu lagi...


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank