FREEDOM! FOREVER!



:: tenang :::

0 comments




oh hujan kala pagi ahad
sejuk damai ku rasa diri
mahu sahaja melabuh beradu
menyelimuti menikmati nikmat tidur pagi

namun aku ada misi
yang harus direalisasi
realiti tidak seindah kata - kata
tapi mesti laluilah ia jua

apa lagi yang tinggal
andai semuanya menjunam
jauh ke dasar jurang
tiada kesal mahu sesalan

muzik lama menemani
melayani perasaan hatiku
sampai bila kan berakhir
andai permulaan tiada lagi

hujan bertukar gerimis
rintik - rintik turun makin sedikit
begitukah berkurang sebuah semangat kehidupan
sekelumit pengharapan didambakan

tidak mahu pernah mengimpikan
inilah perjalanan itu
sinar sirna menyelubungi awan
laksana lagu kelabu dendangan

pejuang mainan kah kita
digerakkan catur ke depan ke belakang
didoktrinisasikan dengans satu acuan
agar keluar seperti ketetapan

hujan terus berhenti
sekadar menyamankan pagiku
sebelum berlari merentasi
lautan api dan hutan berduri
kerana andai itu takdirku
aku ada doa dan tawakkal
jua rakan taulan
akan aku ceriakan dengan
pelangi buatan
pelbagai warna warninya

p/s : kala pagi yang amat sedap untuk tidur semula namun kerana sudah biasa hari-hari biasa tidak tidur selepas subuh maka tiada dapatlah tidur balik. sarapan bersama encik bur sebelum berangkat ke KL motor show yang berakhir hari ini. memang menarik dan mantap dengan pelbagai jenis kereta dan motor tidak lupa lori. cuma rasanya kurang sengat daripada yang sebelum - sebelumnya. paling menarik perhatian saya dan encik bur adalah mitsubishi lancer GLX. memang masyuk duduk di tempat pemandu. dahulu punya KL motor show saya amat berminat dengan kereta ALFA ROMEO. puas tangkap gambar! tidak lupa yang menarik perhatian nissan 350Z terbaru dan mazda rx8 yang ditune oleh mutiara motor yang dimiliki juliana banos. uhuks. tidak lupa koleksi NAZA punya boss iaitu encik nasamuddin. petang pula bergegas ke majlis pertunangan saudari mazura bertempat di taman maju jaya. remy lah ini ajak gi kalau tidak malu juga ingin pergi sengsorang. tunang jek pun kan. tapi kerana kira-kira agak rapat juga dan mengenali keluarga dia maka marilah memeriahkan. memang meriah pun! boleh juga ambil aura - aura yang berkaitan. hehehehe. menarik dapat berborak panjang lebar bersama saudara remy tentang pelbagai hal terutama kehidupan. eh. sudah maghrib. selamat hayati karya pagi ahad ini. esok saya OFF lagi!mungkin seminggu kut. yaahhooooo..

kata - kata ini hari : "Nations, like stars, are entitled to eclipse. All is well, provided the light returns and the eclipse does not become endless night. Dawn and resurrection are synonymous. The reappearance of the light is the same as the survival of the soul."
~ Victor Hugo in Les Misérables


laman web hari ini : Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia
( KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA )

________________________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank