FREEDOM! FOREVER!



::: tutur :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




Naik - naik semua naik
Tapi kerajaan hendak kita semua jadi baik
Harga semua sudah tinggi macam gunun daik
Rakyat inginkan terbaik

Kadangkala rasa tidak mahu ambil bahagian
Semuanya kroni sudah habiskan
Mana ada yang tinggal untuk yang kemudian
Oh tidak apa Malaysia masih kedamaian

Rakyat semua sudah geram
2014 bakalkah muram
Moga kapal tidak karam
Takut berdemo kena siram

Paling tidak logik melihat TV berita
Macam-macam yang dusta
Tipu merata-rata
Mana yang ingin dikota

Tapi takut rakyat lupa
Setelah wang dijumpa
Kembali semula alpa
Tidak tahu kenapa

Moga Allah bagi petunjuk
Moga hati kita semua sejuk
Ada pakar untuk dirujuk
Kini rakyat tengah merajuk

8.25 AM . Ahad . 29 Disember 2013

 

 p/s : Ahad 29 Disember 2013
Oh karya melalut. Macam biasa bila lama tidak mengarang begitulah jadinya. Meleret bunyi jauh dari maksud lari dari tajuk. Adakah aku kalut? Oh Azam 2014. Azam ada banyak tapi TOP 5. Hendak lebih jadi suami dan ayah soleh&beriman. Azam untuk kembali sembuh muka dan tidak perlu pakai topeng lagi. Azam untuk melancong lagi. Azam untuk kerja keras lagi. Azam untuk jadi anak yang taat&soleh juga. Oh hari ini Ahad terakhir untuk Johor. Lepas ini Johor kerja Ahad. Mesir kembali bergolak dengan Universiti Azhar pun diserang pemerintah zalim. Moga Allah selamatkan mereka! Betul kata Prof Muhaya kita kena muhasabah diri. Prof Muhaya sangat positif dalam semua aspek dan memang positif dia kita kena hormati. Cuma keadaan dan corak hidup Prof membedakan pendapat dan pendapatan beliau dan kita semua. Tapi betullah kena berkat. Tapi kalau kerajaan ZALIM kita mesti tentang tuan-tuan dan puan-puan! 

Semalam petang bermain-main layang-layang di padang apa entah di kota Kangar. Seronok sungguh Alyaa. Kini dia masih lena berdengkur kepenatan. Cians~ Oh blog ini masin kekal lagi untuk 2014. Blog yang saya sendiri baca dan boleh luahkan. Tidak seperti muka buku dan instagram. Oh selagi `blogger` boleh `host` percuma. Semalam juga tengok cerita `Wreck it Ralph`. Menarik dan berisi walau hanya kartun. Seronok melayan! Kejap lagi tengahari akan pulang ke KL sudah. Sob9. Belum puas berehatan lagi. Lagi 1 untuk 2014 tidak mahu `proscastination` lagi!

 

kata - kata ini hari : Everything you’ve ever wanted is on the other side of fear. –George Addair

   

 laman web hari ini : Rosidi Hussain

  __________________________________________________


0 Responses to “::: tutur :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank