HERO
Semua mahu jadi hero
Siapa mahu jadi zero
Tidak kisahlah Zorro
Atau Ultraman Taro
Semua mahu jadi hebat
Tidak kisahlah walau Jebat
Rambut kachak hitam lebat
Tapi lari bila ajak berdebat
Semua mahu jadi wira
Menyelesaikan semua perkara
Memudik dari hilir ke muara
Mencari punca segala angkara
Semua mahu jadi dikenali
Semua benda boleh dibeli
Semua orang lain kuli
Semua lemah kena buli
Segelintir mahu jadi diam sahaja
Sibuk sendiri lakukan kerja
Tidak perlu sibuk ditaja
Sedangkan diri sebenar anak Raja
10.20 AM SELASA 30 JULAI 2013
p/s : Rabu 31 Julai 2013
Esok sudah Ogos . Sudah bulan baru . Mari mencari Lailatul Qadar . Minggu hadepan raya !
kata - kata ini hari : "One machine can do the work of fifty ordinary men. No machine can do the work of one extraordinary man."
--Elbert Hubbard
__________________________________________________
0 Responses to “::: suku :::”
Leave a Reply