bersiaran dari Hotel Concorde ! agak lama duduk sini `check in` Ahad dan `check out` Sabtu . ala - ala bercuti kerana tidak perlu bekerjaan :) moga minggu hadepan makin berkobaran setelah `rejuve` ini . eh terima kasih emak dan ayah mertua dan adik isteri kerana menemani kami di bandar Kuala Lumpur ini . eh bayi comel masih lena diulit mimpi indah setelah dikepung bebebebeberapa bantal . oh saya kursus agak berat mengenai cara - cara menjaga dan baik pulih telaga minyak . orang mat salih itu yang mengajar . bagus sebab dia semangat mula awal kelas habis lambat . daku ngantuk - ngantuk kalau petang kelas . oh semalam jejalan di Jusco sambil makan di `Black Canyon Coffee` . seronok - seronok . menjamu mata bagasi baru untuk ganti bagasi `john master` yang dah tak master namun berjasa ini . kejap lagi kelas lagi . semangat `as usual` !
kata - kata ini hari :
The result of the struggle between the thought and the ability to express it, between dream and reality, is seldom more than a compromise or an approximation.~ M. C. Escher ~Laman web hari ini :
Kambing Bujang__________________________________________________
0 Responses to “::: siar :::”
Leave a Reply