================================== Penyanyi : Search & Awie Tajuk : Setia Di Dalam Kacamu ==================================Pinjamkan ku cermin
Untukku melihat serimu
Mungkin bias bongkar
Bisa pandai berkata yang benar
Ku berdiri di sini
Berhari-hari bercerminkan diri
Apakah kau masih setia
Atau sepi dalam kacamu
Aku datang ke tamanmu
Kala rimba hati jadi kudus
Tak mengapa salah faham
Kisah lama terpadam
Bertanya kulagi
Di hadapan cermin
Entah berapa kali
Benarkah tiada syarat
Untuk aku milikimu
p/s : saya kembali.kembali ke mana? mana mana sahaja. `constructive mind` perlu dipertahankan dan diperkasakan. kala evolusi merentasi dimensi terbukit sebuah ekk apa saya merepek ini. ya. kembali ke kerteh. hidup saya Alhamdulillah dah sebulan lebih di kerteh ini dan semuanya berjalan dengan penuh kelancaran sekali. seharian dirasakan sekejap cuma lebih lebih lagi apabila telah agak banyak juga tugasan saya selaku jurutera pembaikpulihan di carigali petronas. ada yang berkata wah hebat sudah kamu sudah jadi jurutera. memang hebat! tanggungjawab yang agak berat berbanding jawatan lain. namun, apa sahaja pekerjaan sudah mesti kerana Allah SWT. jangan kerana boss, orang atau petronas itu sendiri. niat ikhlaskan hati padaNYA. ini nasihat pada diri saya sendiri. uhuks. tiadalah. tetapi saya masih belum dapat merangka perancangan kehidupan yang teliti dan teratur. masih bergantung dan bertindak dengan rentak yang ada sahaja. lega syukur orang orang rumah saya semua sudah serasi sudah. insyaAllah hujung bulan ini baru saya akan ke pelantar.ya ya ya saya perlukan sedikit tekanan untuk menghasilkan sebuah ketakjuban dan keajaiban. saya terlalu santai mungkin. cubaan untuk menulis panjang sahaja ini :P biasa menulis agak pendek sahaja. dengan ada strymx ni. bolehlah saya lebih rajin mengemaskini blog ini. sambung lagi nanti! sebelum terlupa lagu macam best dari search bersama awie bertajuk setia dalam kacamu. (-_-)
kata - kata ini hari :
"Some forms of reality are so horrible we refuse to face them, unless we are trapped into it by comedy. To label any subject unsuitable for comedy is to admit defeat." ~ Peter Sellers~laman web hari ini :
Kingdom Of Flowers( "......Penulisan kami tidak menemukan kebenaran, tapi mengetuk-ngetuk pintu bagi munculnya kebenaran (Goenawan Mohamad).. ." )
___________________________________________________________
0 Responses to “::: kembali :::”
Leave a Reply